BAHASA PERBANDINGAN

Description

Mind Map on BAHASA PERBANDINGAN, created by Awatif Afzal on 03/13/2014.
Awatif Afzal
Mind Map by Awatif Afzal, updated more than 1 year ago
Awatif Afzal
Created by Awatif Afzal almost 11 years ago
54
1

Resource summary

BAHASA PERBANDINGAN
  1. Metafora
    1. Satu objek yang abstrak diberikan sifat berdasarkan suatu objek yang konkrit
      1. Contoh: Kolam derita, ombak rindu, Raja Rimba, Dewi malam.
    2. Unsur Personifikasi
      1. Unsur yang mati diberikan sifat manusia (penjelmaan perorangan)
        1. i. Sifat manusia untuk objek (adjektih)
          1. Contoh: Rumah itu telah tua. Warna bajumu terlalu garang. Basikal itu telah uzur.
          2. ii. Mengaitkan objek dengan anggota manusia
            1. Contoh: Mata hati. Perut laut. Kaki bukit. Gigi air.
            2. iii. Kata kerja yang dilakukan manusia
              1. Contoh: Kedinginan malam memeluk seluruh kampung. Kebisuannya membalut kesunyian malam.
          3. Simile
            1. Membandingkan sesuatu bagi melihat persamaan dengan perkataan: seperti, laksana, bagai, bak, macam dan umpama
            2. Simbolik/Lambang
              1. Benda atau peristiwa konkrit yang menyarankan sesuatu yang lain biasanya berhubung dengan fikiran sikap dan perasaan.
                1. 1. Sifat tradisional: biasa dan umum dipakai (putih= suci)
                  1. 2. Sifat peribadi: maksud lain daripada yang biasa difahami. (lembu=politik)
                2. Imej Imejan
                  1. Imej/citra (prosa)= Kesan gambaran yang timbul daripada pengunaan kata, ungkapan dan ayat dalam sesebuah puisi.
                    1. Deria (penglihatan, pembauan, pendengaran) -> penggunaan kata -> gambaran
                      1. Contoh: pohon pucat dan kucing kurus di jambatan = gambaran kemiskinan dan penderitaan hidup
                    2. Imejan (puisi)= Himpunan atau kolektif imej-imej yang terdapat dalam sesebuah sajak.
                    3. Litotes
                      1. Bahasa lembut yang berbalik kepada diri penutur. Kata-kata yang digunakan berlawanan dengan makna sebenar bagi mengikut kesederhanaan/merendah diri.
                        1. Contoh: 'masih mentah lagi', 'teratak buruk kami', 'air bujang'
                      2. Hiperbola
                        1. Memperbesar-besarkan atau melebih-lebihkan sesuatu daripada keadaan yang sebenarnya.
                          1. Tujuan: memperlihatkan keagungan/kehandalan seseorang atau kehebatan sesuatu peristiwa/suasana.
                            1. Contoh: Cita-cita menggunung tinggi. Darah mengalir menganak sungai.
                          2. Eufemisme
                            1. Ungkapan lebih halus dan manis untuk menggantikan ungkapan kasar dan tidak menyenangkan.
                              1. Contoh: meminta diri, pergi menemui Tuhan, diperkosa
                            2. Disfemisme
                              1. Kata-kata atau ungkapan kasar untuk menggantikan kata-kata halus namun tidak menyinggung perasaan.
                                1. Contoh: bunting, mati, anak jantan
                              2. Alusi
                                1. Kiasan yang dikaitkan dengan seseorang tokoh, nama tempat atau sesuatu peristiwa sama ada secara terus atau tidak (sifat orang lain)
                                  1. Tujuan: Membicarakan/menyatakan dengan leibih lengkap persoalan atau mesej yang ingin disampaikan.
                                    1. Contoh: Pulang ke syurga. (syurga=tempat hidup yang bahagia) Hang Jebat mengamuk lagi (Hang Jebat=pemuda yang tegas)
                                  2. Antonomasia
                                    1. Menggunakan nama lain untuk memperlihatkan sifat seseorang. (sifat sendiri)
                                      1. Contoh: Si Jangkung (kurus dan tinggi), Si Gendut (perut besar), Kutu Embun (suka pulang lewat malam)
                                    2. Parafrasa
                                      1. Menghuraikan satu kata yang ringkas dengan kata-kata lain yang lebih panjang (sama maksud)
                                        1. Contoh: berkeroncong minta diisi =lapar
                                      2. Onomatopia/onomotope
                                        1. Pembentukan perkataan berdasarkan ajukan bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia, haiwan atau alam sekeliling.
                                          1. Contoh: menderu, desiran, mengekek
                                        2. Aforisme
                                          1. Ungkapan yang ringkas dan padat tentang sesuatu sikap hidup (dalam bentuk peribahasa)
                                            1. Contoh: Keadaan menyedihkan, bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.

                                          Media attachments

                                          Show full summary Hide full summary

                                          Similar

                                          A2 Geography- Energy Security
                                          sophielee0909
                                          Romeo and Juliet essay
                                          Tambo234
                                          CHEMISTRY C1 2
                                          x_clairey_x
                                          French -> small but important words for GCSE
                                          georgie_hill
                                          New Possibilities with ExamTime's Flashcard Maker
                                          Andrea Leyden
                                          Atomic Structure
                                          Jenni
                                          Key Biology Definitions/Terms
                                          jane zulu
                                          Biology (B3)
                                          Sian Griffiths
                                          OCR GCSE History-Paper Two: The Liberal Reforms 1906-14 Poverty to Welfare State NEW FOR 2015!!!
                                          I Turner
                                          GCSE AQA Physics 2 Circuits
                                          Lilac Potato
                                          General Pathoanatomy Final MCQs (201-300)- 3rd Year- PMU
                                          Med Student