Bab 1 Pengenalan Kepada Perakaunan

Description

Cuba untuk lebih mahir
goh sheng
Quiz by goh sheng, updated more than 1 year ago
goh sheng
Created by goh sheng over 8 years ago
135
1

Resource summary

Question 1

Question
Simpan kira merupakan proses
Answer
  • merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
  • mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
  • merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu
  • menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan

Question 2

Question
Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan. Liabiliti pemilik terhad • Bilangan minimum ahli dua orang • Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai • Berdaftar dengan Pendaftar Syarikat Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?
Answer
  • Khalid Enterprise
  • Klinik Khalid dan Tan
  • Khalid Tan Sendirian Berhad
  • Khalid Tan Berhad

Question 3

Question
Antara berikut, yang manakah bukan tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?
Answer
  • Menentukan kod etika professional
  • Menentukan taraf kelayakan professional
  • Menyediakan amalan yang standard dalam pelaporan
  • Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

Question 4

Question
Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip
Answer
  • pemadanan
  • kos sejarah
  • tempoh perakaunan
  • wang sebagai ukuran

Question 5

Question
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad. Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2005. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan. Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?
Answer
  • 1 Mac 2005 hingga 1 Ogos 2005
  • 1 Mac 2005 hingga 31 Ogos 2005
  • 1 Mac 2005 hingga 1 September 2005
  • 1 Mac 2005 hingga 30 September 2005

Question 6

Question
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?
Answer
  • Sistem perakaunan
  • Konsep perakaunan
  • Kitaran perakaunan
  • Prinsip perakaunan

Question 7

Question
Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2002 dengan harga RM 35 000. Pada tahun 2005, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM 54 000 selepas penilaian dibuat. Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2005?
Answer
  • RM19 000
  • RM35 000
  • RM54 000
  • RM89 000

Question 8

Question
Syarikat Cendana Motors yang mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM10 juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan. Pernyataan di atas merujuk kepada konsep
Answer
  • ketekalan
  • berterusan
  • materialiti
  • entiti berasingan

Question 9

Question
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan. ‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’ Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?
Answer
  • Materialiti
  • Pemadanan
  • Entiti berasingan
  • Wang sebagai ukuran

Question 10

Question
Urus niaga yang berikut berlaku dalam perniagaan Aii Lee Book Store. Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri. Urus niaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?
Answer
  • Materialiti
  • Ketekalan
  • Tempoh perakaunan
  • Entiti berasingan

Question 11

Question
Rajah 1 adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan. (Dokumen Sumber >Buku Catatan Pertama > (P) Apakah P?
Answer
  • Lejar
  • Jurnal
  • Buku Tunai
  • Imbangan Duga

Question 12

Question
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800. Apakah konsep perakaunan yang terlibat?
Answer
  • Ketekalan
  • Kos sejarah
  • Tempoh perakaunan
  • Wang sebagai ukuran

Question 13

Question
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?
Answer
  • Liabiliti pemilik terhad
  • Modal disumbangkan oleh pemilik
  • Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
  • Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan

Question 14

Question
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?
Answer
  • Bank
  • Pemiutang
  • Pengurusan
  • Pesaing perniagaan

Question 15

Question
Seorang peniaga telah merekodkan belian premis bernilai RM50 000 sebagai aset dalam penyata kewangan tetapi belian sekotak pensel bernilai RM5 tidak direkodkan sebagai aset dalam penyata tersebut. Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh peniaga tersebut?
Answer
  • Ketekalan
  • Materialiti
  • Pemadanan
  • Kos sejarah

Question 16

Question
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada kitaran perakaunan yang betul?

Question 17

Question
Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan yang tidak lengkap. Apakah Q?
Answer
  • Pelarasan
  • Imbangan Duga
  • Penyata Kewangan
  • Imbangan Duga Terlaras

Question 18

Question
Apakah komponen Penyata Pendapatan
Answer
  • Hasil dan Belanja
  • Aset dan Hasil
  • Aset dan Liabliti
  • Belanja dan Aset

Question 19

Question
Pemilik Butik Amalina telah mengeluarkan wang simpanannya dari bank untuk memperbesar rumah kediamannya. Beliau tidak merekodkan urus niaga ini dalam buku perakaunan perniagaan. Amalan ini mematuhi konsep ......
Answer
  • Entiti Berasingan
  • Ketekalan
  • Pemadanan
  • Usaha yang berterusan

Question 20

Question
Badan yang bertanggungjawab mengubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah
Answer
  • MASB
  • MIA
  • MICPA
  • ACCA
Show full summary Hide full summary

Similar

Translations and transformations of functions
Christine Laurich
Waves
kate.siena
Computer science quiz
Ryan Barton
OCR Gateway GCSE P3 Revision Quiz
xhallyx
AQA Biology B1 Questions
Bella Statham
AQA Biology B2 Questions
Bella Statham
AQA Physics P1 Quiz
Bella Statham
GCSE AQA Biology 1 Quiz
Lilac Potato
AQA GCSE Product Design Questions
Bella Statham
General Knowledge Quiz
Andrea Leyden
Biology - B2 - AQA - GCSE - Exam Style Questions
Josh Anderson