Peribahasa

Description

68 peribahasa
Stephanie_Lee
Flashcards by Stephanie_Lee, updated more than 1 year ago
Stephanie_Lee
Created by Stephanie_Lee about 10 years ago
135
0

Resource summary

Question Answer
Seseorang yg menunjukkan sifat sebenarnya setelah lama berdiam diri Seperti harimau menunjukkan belangnya
Buat baik mengikut kemampuan, berbuat jahat jangan sekali Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
insaf kesalahan diri dan tidak mengulangi kesalahan lagi Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Orang yang berbuat jahat,akhirnya akn mendapat balasan Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya terjatuh ke tanah juga
apabila seseorang dlm keluarga menghadapi kesusahan, ahli yang lain akan terasa juga Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit
bersama-sama menikmati, bersama-sama menghadapi berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
berbincang utk mendapat sesuatu persetujuan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
kerja sudah siap, baru membuat aduan rumah sudah siap, paha masih berbunyi
membuat sesuatu apabila disuruh seperti pahat dengan penukul
apabila menghadapi masalah, kawan tidak bantu rumah terbakar tikus habis keluar
waktu senang pun kita berasa susah, apa lagi waktu susah sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula keramau panjang
sesiapa yg melakukan kesalahan, dialah yang bersalah apabila orang lain menyindir Siapa makan cili dialah berasa pedas
Bersama-sama menghadapi masalah Sakit sama mengaduh, luka sama menunjuk
Sesiapa yang berbuat salah, dialah yang menanggung Sesiapa makan nangka, maka kena getahnya
Kita tdk akn menikmati keuntungan sepanjang masa, kita mungkin bernasib malang dalam sekelip mata Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata
sangat degil dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus
pertelingkahan tidak berpanjangan apabila bermaaf-maafan Air dicincang tidak akan putus
dlm keadaan huru-hara tentu ada org yg mendapat keuntungan jong pecah, yu kenyang
pendiam tetapi berilmu diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
seseorg ahli keluarga mendapat susah yang lain terasa juga telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya
manusia perlu bersatu hati utk menjayakan sesuatu bulat air oleh buluh, bulat manusia oleh muafakat
banyak org banyak perangainya banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
mendapat sesuatu yg diingini orang yang mengantuk disorongkan bantal
setiap orang mempunyai pendapat yg berlainan lain dulang lain kaki, lain orang lain hati
kalau asalnya bersikap baik, ke mana-mana sahaja, dia akan menjadi baik kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
lebih baik kita mati daripada dipandang rendah biar berputih tulang, jangan berputih mata
mencapai keuntungan sementara ada kekacauan menangguk di air keruh
ditimpa bencana berturut-turut bagai jatuh ditimpa tangga
segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidap ditimpa hujan
terhindar daripada sesuatu kemalangan, mendapat kemalangan lain yang lebih besar pula terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
org yg menjadi org tengah kpd dua pihak, akhirnya mendpt keuntungan drp kedua-dua pihak itu seperti gergaji dua mata
melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan diri sendiri ukur baju di badan sendiri
org yg baik walau di mana sekalipun akn dimuliakan juga umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga
adat yg tidak berubah-ubah walaupun masa berlalu tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas
kehidupan yg miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendpt juga hati gajah sama dialapah, hati kuman sama dicecah
mengikut adat di mana kita berada di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung
menyesuaikan diri mengikut adat resam tempatan masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang lembu menguak
tuah tdk diperoleh dgn mudah yang bulat tidak menggolek, yang pipih tidak datang melayang
terlalu banyak pada suatu masa bak cendawan tumbuh selepas hujan
kita terpaksa bersusah-susah dahulu utk mencapai kemenagan beralat-alat ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dauhulu, bersenang-senang kemudian
adat resam sangat penting dlm masyarakat kita biar mati anak, jangan mati adat
yg diusahakan tdk dpt yg ada pula hilang yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran
sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung pada yg kaya di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala
betapa susah org yg melihat kesusahan yg ditanggung oleh org yg lain, terlebih susah org yg menanggungnya betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
kita perlu rajin berusaha utk mencapai kejayaan rajin dan usaha tangga kejayaan
pekerjaan yg lambat mendatangkan hasil yg baik Seperti cencaru makan petang
org yg baru pulang dn merantau tetapi perangainya seperti dahulu juga Seperti gagak pulang ke benua
jika ada azam, apa-apa yg dihajati dpt dicapai di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
apabila seseorg jutawan mati, tentu banyak meninggalkan harta gajah mati, tulang setimbun
dlm keadaan yg mencemaskan dn berbahaya jiwa bergantung di hujung rambut
org yg mementingkan diri sendiri enau belukar melepaskan pucu masing-masing
org yg mengikut sahaja suruhan org lain Seperti kerbau dicucuk hidung
perlawanan yg tidak sebanding antara orang yg lemah dan kuat seperti mentimun dengan durian
memelihara anak dgn penuh kasih sayang Bagai menatang minyak yang penuh
org yg berilmu tdk mahu menunjukkan kebolehannya Seperti harimau menyembunyikan kukunya
cantik tetapi tdk berbudi Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
kita mencapai sesuatu melalui perbincangan bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
pemuda merupkan harapan bangsa dn negara Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
org yg sama taraf Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Tabiat yg baik perlu dipupuk sejak kecil Jika melentur buluh, biarlah dari rebungnya
Membuat sesuatu mestilah gigih sehingga berjaya Genggam bara api, biar sampai jadi arang
jika ada perpaduan, kita mempunyai tenaga yg kuat, tenaga menjadi lemah jika kita tdk bersatu padu Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Apa yg kita dengar adalah lebih baik daripada sebenarnya Indah khabar daripada rupa
walaupun baik negeri lain tetapi negeri sendiri menjadi pilihan Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di tanah air sendiri
org yg banyak menggembara banyak pengalaman dn luas pengalaman Jauh perjalanan luas pandangan
menghadapi kesusahan dan menikmati kesengangan bersama-sama bukit sama didaki, lurah sama dituruni
jika kita tidak berusaha, kita tidak akn mencapai kejayaan Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Show full summary Hide full summary

Similar

peribahasa tahun 2
gingersnabs
Peribahasa Darjah 5&6 (Nadhirah)
Siti Nadhirah Md Esa
Peribahasa Darjah 3 & 4
nur hazimah
Peribahasa Menengah 3
Sykr37
Peribahasa Darjah 5&6 (Nadhirah)
Shariffah Affinda Binte Isa
Gender Theorists
Hazel Meades
C1 B1 & P1 Test
jodie00
Learn My Language: Korean-English
kang.s.724
Clinical Pathoanatomy MCQs (Q 151-250)
Ore iyanda
Two years and no baby
Zahra Habeeb