Quiz
(15) Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul: Latihan Amali Siri 15
Perguntas do quiz (20)
1Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- ACadangan untuk memilih antara dia dengan saya daripada Ketua Jabatan.
- BCadangan untuk memilih di antara dia dengan saya daripada Ketua Jabatan.
2Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- AKami curiga tentang kejujurannya.
- BKami curiga terhadap kejujurannya.
3Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- ABuah sentul ini sama besar dengan buah manggis.
- BBuah sentul ini sama besar bagai buah manggis.
4Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- AKami amat sayang akan adik bongsu kami.
- BKami amat sayangkan adik bongsu kami.
5Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- APertandingan gasing uri dibatalkan oleh kerana hujan lebat.
- BPertandingan gasing uri dibatalkan oleh sebab hujan lebat.
6Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- ADi antara bandar dengan desa sungguh banyak perbezaannya.
- BAntara bandar dengan desa sungguh banyak perbezaannya.
7Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- AAskar itu sanggup ke medan perang demi untuk negara.
- BAskar itu sanggup ke medan perang demi negara.
8Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- ATidak ada perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan.
- BTidak ada perbezaan pencapaian antara murid lelaki dengan murid perempuan.
9Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- AKejadian rompakan di kedai Letchumy telah dilaporkan ke polis.
- BKejadian rompakan di kedai Letchumy telah dilaporkan pada polis.
10Kenal pasti penggunaan kata sendi nama yang betul.
- AKotak yang berpindah tangan dari Normala ke Justina itu kotak permainan.
- BKotak yang berpindah tangan daripada Normala kepada Justina itu kotak permainan.
11Apakah yang dimaksudkan dengan "Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air"?
- ASegala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
- BTidak semua yang dikehendaki sudah diperoleh.
12Apakah yang dimaksudkan dengan "Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua"?
- AKesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
- BPengagihan yang sama banyak.
13Apakah yang dimaksudkan dengan "Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan"?
- AKehidupan yang senang.
- BOrang lelaki yang merisik bakal isterinya.
14Apakah yang dimaksudkan dengan "Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan"?
- ASudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
- BPeniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
15Apakah yang dimaksudkan dengan "Sigai dua segeragai"?
- APerkara yang satu ada sangkut-pautnya dengan perkara yang lain.
- BSeorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa.
16Apakah yang dimaksudkan dengan "Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka"?
- ALahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.
- BOrang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
17Apakah yang dimaksudkan dengan "Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang"?
- AMemang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
- BPerkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
18Apakah yang dimaksudkan dengan "Ada beras, taruh dalam padi"?
- ARahsia hendaklah disimpan baik-baik.
- BSegala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
19Apakah yang dimaksudkan dengan "Bibir saya bukan diretak panas"?
- AKata-kata saya adalah sia-sia atau dusta.
- BKata-kata saya bukan sia-sia atau dusta.
20Apakah yang dimaksudkan dengan "Jangan tercicir di periuk"?
- AJangan membuat angkara di mana kita menumpang.
- BTidak ada daya upaya lagi.
Informações
- Descrição
- Kempen Kesedaran Bahasa Kebangsaan
- Autor
- bdionlinesurvey
- Idioma
- English
- Visualizações
- 93
- Histórico
- Criado em 16 nov 2015 · atualizado em 16 ago 2016
- Etiquetas
- Avaliação
- Ainda sem avaliações Avalie este quiz