|
|
Erstellt von gingersnabs
vor etwa 11 Jahre
|
|
| Frage | Antworten |
| air yang dingin juga yang dapat memadamkan api | perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah |
| baik membawa resmi ayam betina | seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oelh orang lain dan selamat dalam hidup |
| belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang | cerdik dan rajin |
| beberapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul | sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri |
| besar kapal, besar gelombang | making tinggi pangkat atau makin besar perniagaanya, maka makin besar pula tanggungjawabnya |
| biduk lalu kiambang bertaut | lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula |
| carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga | perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik semula |
| cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga | penganiyaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yang lain |
| genggam bara apa biar sampai menjadi arang | membuat sesuatu pekerjaan yang sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan |
| harapkan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan | kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan |
| hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah | a) pembahagian yang sama rata dan adil b) sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan |
| hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa | seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain |
| hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri | walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik |
| jauhari juga yang mengenal manikam | orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang |
| jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau | orang yang mulia tetap mulia walau ke mana juga dia berada |
| jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya | tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih |
| jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya | orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika merendahkan dirinya sekalipun |
| ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni | bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai |
| kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan | dalam percakapan dan tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya |
| lain pandang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya | lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya |
| laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan | manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan |
| pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar | menggunakan masa dengan sebaik-baiknya |
| sekali air bah, sekali pasir berubah | apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga |
| seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi | semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong) |
| seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul | tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu |
| seperti tikus jatuh ke beras | a) orang yang dapat kedudukan yang mewah b) seseorang yang beroleh kejayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain |
| tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan | sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa |
| takut titik lalu tumpah | hendaklah mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar |
| umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau | pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar |
Möchten Sie mit GoConqr kostenlos Ihre eigenen Karteikarten erstellen? Mehr erfahren.