Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia Bidang 5 Bab 2

Description

Sumber: Buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4
Ainul Mardhiyah Mohd Rais
Mind Map by Ainul Mardhiyah Mohd Rais, updated more than 1 year ago
Ainul Mardhiyah Mohd Rais
Created by Ainul Mardhiyah Mohd Rais almost 3 years ago
401
0

Resource summary

Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia Bidang 5 Bab 2
  1. Penjajahan Barat
    1. Sebelum
      1. Pada abad ke-15 iaitu sebelum Melaka dijajah Portugis, ia dikenali sebagai pusat perdagangan interpurata kerana lokasi yang strategik dan terlindung daripada tiupan angin monsun. Melaka juga menjadi pusat penyebaran islam (serambi Mekah) dan banyak masjid serta surau dibina untuk mempelajari ilmu agama. Ia dahulu merupakan negeri yang memartabatkan hukum Islam dan sultan Melaka menerapkan nilai Islam dalam segala urusan. Undang- undang Hukum Kanun Melaka melantik kadi sebagai penasihat agama dan hakim dalam institusi kehakiman serta menyatakan Islam ialah agama rasmi dan terdapat beberapa aspek di dalamnya:
        1. 1. Undang-undang Perkahwinan: Hal ehwal berkaitan perwalian ke atas perempuan, syarat sighah (ijab dan kabul), hukum dan syarat sah saksi dalam perkahwinan, hukum tentang perceraian serta adat dan lain-lain.
          1. 2. Undang-undang Mua’malat: Pengharaman riba’, rukun dan syarat hal ehwal jual beli, khiyar, masalah bankrap, prinsip penyelesaian secara perdamaian, peraturan bersyarikat, tanggungjawab peminjam – meminjam.
            1. 3. Undang-undang Acara Keterangan Islam: Ikrar, cara-cara pemeriksaan terhadap saksi serta perakuan sumpah.
              1. 4. Undang-undang Jenayah: Hukuman hudud, qisas, ta’zir.
            2. Selepas
              1. Pada tahun 1786, sistem perundangan Islam telah terganggu kerana kedatangan penjajah inggeris telah mengubah corak perundangan di negeri- negeri lain di tanah Melayu . Jelasnya, undang-undang ini telah berjaya mengehadkan kuasa mahkamah syariah dan bidang kuasa kadi yang dilantik. Antaranya:
                1. 1. Meluluskan Piagam Keadilan pada Tahun 1807, 1826 dan 1855: Inggeris berhasil mewujudkan dan memperkenalkan undang-undang mereka serta menghadkan perlaksanaan undang-undang Islam.
                  1. 2. Perjanjian Pangkor Tahun 1874: Dimeterai oleh Sultan Perak iaitu Raja Abdullah serta pembesar-pembesar Raja Melayu ketika itu dan Sir Andrew Clark. Menandakan sistem residen diperkenalkan di Tanah Melayu secara sah dan wakil penjajah Inggeris menjadi pegawai penasihat raja sekaligus berani mencampuri urusan pentadbiran dan menghidupkan ideologi sekulerisme.
                    1. 3. Menubuhkan Ordinan Mahkamah 1948 Pihak inggeris telah memperkenalkannya yang mewujudkan penstrukturan mehkamah yang baharu. Mahkamah syariah telah terkeluar daripada hierarki mahkamah perseketuan secara halus.
                      1. 4. Mewujudkan Enakmen Undang-Undang Sivil 1937, 1951 dan 1955 Mahkamah di Tanah Melayu seharusnya menerima pakai Rules of Equity sebagaimana yang digunakan di England 1956 berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan. Pelaksanaan ini diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak.
                  2. Perbezaan Ciri-Ciri Undang-Undang Islam dengan Undang-Undang Penjajah Barat
                    1. Ciri-Ciri Undang-Undang Islam
                      1. Berdasarkan Manhaj Ketuhanan (Rabbaniah): Rabbaniah ialah hukum syariah bukan ciptaan manusia, tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor tempat , masa dan budaya serta faktor yang diiwarisi
                        1. Bersifat Universal (A’lamiah): Syariah Islam beridentitikan kemanusiaan dan universal kerana hukum hakam yang diturunkan melalui wahyu Allah untuk semua manusia tanpa mengira warna kulit, pertuturan atau tempat.
                          1. Menyeluruh (Syumuliah): Sistem perundangan yang mencakupi setiap aspek kemasyarakatan dan kehidupan diakui oleh para sarjana barat yang mengiktiraf perundangan Islam.
                            1. Sumber yang Asli dan Kekal Undang-undang Islam mempunyai sifat asli dan sumber as-sunnah menjadi pelengkap dan penjelasan kepada nas Al-Quran. Dijamin Allah akan terpelihara kekal sehingga hari Kiamat.
                              1. Menghilangkan Kesulitan dan Mendatangkan Kemudahan Sistem perundangan Islam tidak menyukarkan dan membebankan bahkan matlamatnya bukanlah menyebabkan manusia tertekan tetapi banyak hikmahnya dalam kehidupan.
                                1. Memelihara Keseimbangan Kebendaan dan Kerohanian Fungsi perundangan ialah sebagai satu unit mutakamil (saling lengkap-melengkapi) iaitu antara hubungan antara dengan Allah, manusia dan alam sekitar. Ia juga tidak menjauhkan kebendaan dan kerohanian serta tidak memisahkan dunia dan akhirat.
                                2. Ciri-Ciri Undang-Undang Penjajah Barat
                                  1. Tidak mempunyai kekuatan membawa kesejahteraan kepada umat
                                    1. .Lebih banyak membuka ruang untuk manusia bebas melakukan kejahatan
                                      1. Mementingkan keperluan manusia yang bersifat materialistik semata- mata
                                    2. Hanya memfokuskan kepada bangsa mereka
                                      1. Hanya digubal hanya dengan mengikut akal dan kebudayaan yang disukai semata- mata
                                        1. Sistem berat sebelah
                                      2. Kesan Penjajahan Barat Terhadap Perlaksanaan Perundangan Islam di Malaysia
                                        1. 1. Sistem perundangan barat telah digunakan sepenuhnya dalam mahkamah sivil
                                          1. 2. Undang-undang barat mempengaruhi sistem kehakiman
                                            1. 3. Bidang kuasa raja-raja Melayu dalam perundangan Islam
                                              1. 4. Bidang kuasa mahkamah syariah telah dibataskan oleh undang-undang persekutuan
                                                1. 5. Wujud dualisme dalam sistem perundangan Malaysia, mahkamah sivik dan mahkamah syariah.
                                                2. Kepentingan Perlaksaan Perundangan Islam di Malaysia
                                                  1. 1. Undang-undang yang sememangnya datang daripada Allah menjamin kehidupan yang harmoni dan bebas daripada segala kemudaratan
                                                    1. 2. Hukum-hakam perundangan Islam sesuai sehingga hari kiamat serta tidak berlaku perngubahsuaian terhadap isi kandungannya.
                                                      1. 3. Meliputi keseluruhan aspek kehidupan dan amat mengikut peredaran zaman
                                                      Show full summary Hide full summary

                                                      Similar

                                                      Administración como psicología
                                                      renato.bellidog
                                                      Shirley Marie Román Colón
                                                      Shirley M. Román
                                                      Nuzul Al-Quran Bidang 2 Bab 3
                                                      Ainul Mardhiyah Mohd Rais
                                                      21 Random IT questions
                                                      Eden Goddard
                                                      Spanish Vocab Flash Cards
                                                      Clarice Thorn
                                                      Chemistry Equations / Maths
                                                      Georgia B
                                                      French Essay Writing Vocab
                                                      caitlindavies8
                                                      Nutrition
                                                      manu_maus
                                                      Biology B3
                                                      James Burns
                                                      FV modules 1-4 infinitives- ENTER SPANISH
                                                      Pamela Dentler
                                                      Organic Nomenclature
                                                      Anna Wagner