Bab 1 Sejarah Tingkatan 1

Description

Sejarah dan Kita
Mohd Faizal Ismail
Quiz by Mohd Faizal Ismail, updated more than 1 year ago
Mohd Faizal Ismail
Created by Mohd Faizal Ismail over 8 years ago
1387
0

Resource summary

Question 1

Question
Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. Berdasarkan penerangan di atas kita perlu memahami dan mempelajari sejarah untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan.. I Diri II Masyarakat III Fosil IV Artifak
Answer
  • I dan II
  • I dan III
  • II dan III
  • III dan IV

Question 2

Question
Sejarah berasal daripada perkataan Arab, syajaratun yang bermaksud..
Answer
  • Sumber sejarah
  • Peristiwa sejarah
  • Salasilah keluarga
  • Pengalaman yang lampau

Question 3

Question
Antara berikut pernyataan yang manakah merupakan pengertian Sejarah menurut Muhd Yusof Ibrahim?
Answer
  • Salasilah keluarga
  • Riwayat keturunan atau asal-usul
  • Catatan atau rekod sesuatu peristiwa
  • Tindakan manusia dan sebab-sebabnya

Question 4

Question
Di antara pernyataan berikut yang manakah memberikan pengertian umum sejarah?
Answer
  • Kajian tentang tindakan manusia.
  • Peristiwa yang memberikan iktibar kepada kita.
  • Kajian tentang peristiwa yang berlaku di masa lampau.
  • Peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan kita.

Question 5

Question
Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Peristiwa ini menjelaskan salah satu ciri sejarah iaitu..
Answer
  • Tepat dan benar
  • Sebab dan akibat
  • Tidak ditokok tambah
  • Penting dan bermakna

Question 6

Question
Rajah di atas berkaitan dengan ciri-ciri sejarah. X ialah..
Answer
  • Tepat dan benar
  • Tidak dipertikaikan
  • Benar-benar berlaku
  • Dibuktikan kesahihannya

Question 7

Question
Di antara peristiwa-peristiwa berikut yang manakah berkaitan dengan salah satu ciri sejarah iaitu penting dan bermakna? I Perisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan II Hari Guru III Hari Kebangsaan IV Pembentukan masyarakat berbilang kaum
Answer
  • I dan II
  • I dan III
  • II dan III
  • III dan IV

Question 8

Question
Kekayaan sumber alam seperti bijih timah di Pantai Barat mendorong campur tangan British. Ciri sejarah yang paling tepat menjelaskan pernyataan di atas ialah..
Answer
  • Tepat dan benar
  • Sebab dan akibat
  • Tidak ditokok tambah
  • Penting dan bermakna

Question 9

Question
Maklumat di atas merujuk kepada..
Answer
  • Sumber asli
  • Sumber kedua
  • Sumber pertama
  • Sumber sekunder

Question 10

Question
Antara berikut yang manakah merupakan ciri sumber pertama? I Sumber yang belum diolah II Sumber bersifat asli III Ditulis oleh pengkaji sejarah IV Belum ditafsir
Answer
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • II, III dan IV
  • I, III dan IV

Question 11

Question
Berdasarkan penyataan di atas, tokoh X ialah..
Answer
  • Socrates
  • Herodotus
  • Ibn Khaldun
  • Tun Sri Lanang

Question 12

Question
Tun Sri Lanang Apakah sumbangan tokoh di atas terhadap sejarah negara kita?
Answer
  • Penulis karya Tuhfat al-Nafis
  • Penulis karya Sejarah Melayu
  • Penulis Karya Hikayat Hang Tuah
  • Penulis Karya Sejarah Alam Melayu

Question 13

Question
Di antara berikut yang manakah merupakan contoh sumber kedua atau sekunder? I Buku II Majalah III Diari IV Surat
Answer
  • I dan II
  • I dan III
  • II dan III
  • III dan IV

Question 14

Question
Kaedah sejarah yang berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat ialah..
Answer
  • Kaedah lisan
  • Kaedah bertulis
  • Kaedah cari gali
  • Kaedah Arkeologi

Question 15

Question
Apakah faktor utama yang menyebabkan sejarahwan memilih, mentafsir dan membandingkan sumber lisan?
Answer
  • Mengukuhkan pendapat.
  • Terdapat unsur realisme.
  • Mengelakkan salah faham.
  • Terdapat unsur tokok tambah.

Question 16

Question
Senarai di atas berkaitan dengan..
Answer
  • Kaedah Lisan
  • Kaedah Bertulis
  • Kaedah Tafsiran
  • Kaedah Arkeologi

Question 17

Question
Bahan-bahan tinggalan sejarah yang ditemui melalui proses cari gali ialah.. I Artifak II Fosil III Kulit siput IV Catatan
Answer
  • I, II dan II
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Question 18

Question
Apakah faktor yang menyebabkan mata pelajaran sejarah diberi penekanan dalam sistem persekolahan di negara kita?
Answer
  • Menjadi pelajar cemerlang.
  • Menghayati budaya bangsa.
  • Memupuk sifat tanggungjawab.
  • Memupuk semangat cinta akan tanah air.

Question 19

Question
Apakah tafsiran sejarahwan barat terhadap tokoh-tokoh di atas?
Answer
  • Pemberontak
  • Wira bangsa
  • Pejuang tanah air
  • Pejuang kemerdekaan

Question 20

Question
Tafsiran sejarah yang tepat dan betul perlu memiliki sifat-sifat seperti.. I Kujujuran penyelidikan II Tafsiran yang bertanggungjawab III Keberkesanan kajian IV Mempunyai pengajaran
Answer
  • I dan II
  • I dan III
  • II dan III
  • III dan IV
Show full summary Hide full summary

Similar

Bab 2 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 5 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
PT3: SEJARAH TINGKATAN TIGA: BAB 1: FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Muffin Star
1. Membangun Jati Diri Keindonesiaan
Delvanny Alfikri
Bab 10 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 7 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 8 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 6 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Sej 09
Alia Azhari
Sej 11
Alia Azhari
Bab 9 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail