Quiz
Bab 10 Sejarah Tingkatan 1
Questions in this quiz (20)
1Penemuan manusia di Sarawak dipercayai bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Ini dibuktikan melalui penemuan beberapa peninggalan sejarah di Gua Niah.
Apakah yang dapat dibuktikan daripada penemuan yang dinyatakan dalam pernyataan di atas?- AWujud tamadun manusia di Kepulauan Melayu
- BPetempatan awal manusia telah bermula di pesisiran pantai
- CBidang cari gali telah mencapai tahap yang tinggi di Malaysia
- DSarawak ialah antara negeri terawal yang diduduki manusia di Asia Tenggara
2Sarawak telah ditadbir oleh Kesultanan Brunei sejak abad ke-15. Bagaimanakah Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak?
- ADi tadbir oleh sekumpulan kerabat Sultan Brunei
- BDitadbir oleh pembesar yang mempunyai kuasa mutlak
- CDitadbir oleh pembesar yang mempunyai kuasa autonomi
- DDitadbir oleh pembesar tempatan yang dilantik oleh Sultan Brunei
3Corak petempatan dan taburan penduduk yang berselerak menyebabkan ..
- ASetiap kelompok hidup terasing mengikut petempatan
- BSetiap kelompok menjalin hubungan dengan etnik lain
- CSetiap kelompok membentuk identiti kebudayaan masing-masing
- DSetiap kelompok ditadbir oleh pembesar dari etnik masing-masing
4Etnik di Sarawak terbahagi mengikut petempatan, kumpulan etnik yang tinggal di lembah sungai terdiri daripada etnik
I Iban
II Bidayuh
III Kenyah
IV Melanau- AI, II dan III
- BI, II dan IV
- CI, III dan IV
- DII, III dan IV
5Kelabit
Penan
Murut
Petempatan kumpulan etnik yang tersenarai di atas terletak di ...- APedalaman
- BDataran pantai
- CLembah sungai
- DPesisiran pantai
6Singgai
Sadong
Sungai Kayan
Kawasan petempatan yang tersenarai di atas didiami oleh etnik- AMelayu
- BKenyah
- CBidayuh
- DMelanau
7Bagaimanakah penduduk Sarawak mendapat pendidikan tidak formal?
- AMelalui alim ulama
- BMelalui sekolah pondok
- CMelalui masjid dan surau
- DMelalui cerita-cerita lisan
8Apakah aspek-aspek utama yang terkandung dalam pengajaran pendidikan formal?
I Kepercayaan turun temurun
II Membaca al-Quran
III Menulis jawi
IV Hukum islam- AI, II dan III
- BI, II dan IV
- CI, III dan IV
- DII, III dan IV
9Masyarakat bumiputera Sarawak mempunyai tuai rumah. Apakah tanggungjawab tuai rumah?
I Menjaga keselamatan dan keamanan
II Menyelesaikan masalah masyarakatnya
III Melaksanakan tanggungjawab mengutip cukai
IV Menjadi perantaraan di antara rakyat dan pemerintah- AI dan II
- BI dan III
- CII dan III
- DIII dan IV
10Rajah di atas berkaitan dengan adat resam salah satu etnik di Sarawak. X ialah?

- ATatu
- BTajau
- CSuling
- DSerahang
11Masyarakat Kenyah menindik telinga dan menggantung gelang timah atau tembaga hingga cuping telinga menjadi lanjut. Anting-anting yang digunakan melambangkan ...
- AStatus
- BKeturunan
- CKecantikan
- DKeperibadian
12Salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat masyarakat Melanau ialah menyambut Perayaan Kaul. Apakah tujuan perayaan ini?
- AUntuk memperoleh tangkapan yang memuaskan
- BMemohon supaya masyarakat setempat panjang umur
- CMemohon supaya tanaman subur dan hasil yang banyak
- DMenunjukkan tanda kesyukuran masyarakat tempatan
13Mengapakah masyarakat Penan mengamalkan kehidupan berpindah- randah?
I Apabila berlaku kematian
II Dilarang hidup menetap
III Dilarang menebang pokok besar
IV Ditetapkan oleh pemimpin- AI, II dan III
- BI, II dan IV
- CI, III dan IV
- DII, III dan IV
14Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mengamalkan kepercayaan...
- AIpok
- BAnimisme
- CKuasa magis
- DRoh nenek moyang
15Apakah tujuan sambutan Hari Gawai di kalangan masyarakat Iban di Sarawak?
- ASambutan menandakan tahun baru
- BSambutan menandakan perayaan kaul
- CSambutan menandakan kesyukuran bagi kesihatan
- DSebagai menandakan kesyukuran bagi hasil padi
16Masyarakat Iban berpegang teguh kepada kepercayaan berkaitan dengan membuka petempatan dan mendirikan rumah. Apakah kepercayaan mereka berkaitan dengan bunyi burung ketupung dan burung beragai?
- AMesti berpindah dengan segera
- BBoleh terus menetap di rumah tersebut
- CTidak boleh mendirikan rumah di kawasan itu
- DRumah yang didirikan perlu disemah terlebih dahulu
17Sarawak merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak sumber kekayaan semula jadi. Kegiatan ekonomi masyarakat tradisional Sarawak dipengaruhi oleh ...
- AOrganisasi sosial
- BPihak pemerintah
- CAgama dan kepercayaan
- DPersekitaran tempat tinggal
18Di antara berikut ynag manakah merupakan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh orang Kelabit
I Menanam padi huma
II Menanam padi sawah
III Berburu
IV Memungut hasil hutan- AI, II dan III
- BI, II dan IV
- CI, III dan IV
- DII, III dan IV
19• Diusahakan oleh kaum Kedayan dan Murut
• Merupakan tanaman tradisional terpenting di Sarawak
Maklumat di atas berkaitan dengan salah satu tanaman yang diusahakan di Sarawak. Tanaman ini ialah ...- ASagu
- BPadi huma
- CPadi sawah
- DLada Hitam
20Sejak abad ke-19 antimoni dan emas merupakan bahan galian terpenting di Sarawak. Suku kaum yang menceburi kegiatan perlombongan ialah ...
- AMurut
- BKelabit
- CMelanau
- DBidayuh
Information
- Description
- Sarawak
- Author
- Mohd Faizal Ismail
- Language
- English
- Views
- 229
- Tags
- Rating
- 5.0 out of 5 · 1 rating Rate this quiz