Mind map
PT3: SEJARAH TINGKATAN TIGA: BAB 1: FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Map content
PT3: SEJARAH TINGKATAN TIGA: BAB 1: FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
a) Perancangan Awal Perang
- i) Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan kerjasama penduduk Tanah Melayu
- ii) Jepun menjalankan aktiviti perisikan bagi mendapatkan maklumat tentang pertahanan Tanah Melayu
b) Kelengkapan Perang Tentera Jepun
- i) Mempunyai banyak kapal terbang pejuang moden, iaitu "Zero Fighter"
- ii) Menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu
c) Pakatan Jepun-Thailand
- i) Thailand memberi laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya unutk mengelak serangan dari Jepun
- ii) sebagai membalas kerjasama daripada Thailand, Kedah & Perlis (NNM) diserahkan kepada Thailand
d) Taktik Serangan Jepun
- i) Jepun memusnahkan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik, iaitu Pearl Harbor di Hawaii
- ii) Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British terletak di Singapura
e) Semangat Tentera Jepun
- i) Berjuang untuk kemegahan negara Jepun
- ii) rela mati demi Maharaja Jepun
- iii) berpengalaman terlibat dalam Perang China-Jepun
f) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- i) menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
- ii) memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
- iii) menjadi petunjuk arah semasa kemaraan tentera Jepun
g) Kelemahan Tentera British
- i) tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun
- ii) menumpukan perhatian kepada peperangan di Eropah
- iii) kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
- iv) askar India berubah sikap menjadi anti-British
- v) tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
Images and files in the map
Information
- Description
- Peta Minda: Faktor-Faktor Kejayaan British Mengalahkan Jepun di Tanah Melayu
- Created by
- Muffin Star · Jan 2015
- Updated
- Mar 12, 2018
- Views
- 1,553
- Tags
- Rating





