Bab 7 Sejarah Tingkatan 1

Descrição

Johor menegakkan semula kewibawaan kesultanan Melayu Melaka
Mohd Faizal Ismail
Quiz por Mohd Faizal Ismail, atualizado more than 1 year ago
Mohd Faizal Ismail
Criado por Mohd Faizal Ismail mais de 8 anos atrás
311
0

Resumo de Recurso

Questão 1

Questão
Melaka telah dikuasai oleh Portugis pada bulan Ogos 1521. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka? I Kelemahan Pentadbiran II Kelemahan pertahanan negeri III Keenganan Sultan Mahmud menerima tuntutan Portugis IV Kelemahan teknologi peperangan
Responda
  • I, II dan III
  • I, II dan IV
  • I, III dan IV
  • II, III dan IV

Questão 2

Questão
Carta di atas berkaitan dengan..
Responda
  • Pusat perdagangan utama di Kepulauan Melayu
  • Pusat Pentadbiran Johor selepas kejatuhan Melaka
  • Pusat penyebaran dan pengajian Islam di Kepulauan Melayu
  • Pergerakan Sultan Mahmud apabila berundur dari Melaka

Questão 3

Questão
X dalam carta di atas ialah..
Responda
  • Melaka
  • Pahang
  • Temasik
  • Palembang

Questão 4

Questão
Apakah langkah yang diambil oleh Sultan Mahmud semasa baginda berada berada di Bentan?
Responda
  • Mengasaskan Kesultanan Johor
  • Mengumpulkan kekuatan tentera
  • Membentuk pemerintahan yang teratur
  • Berusaha menjadikan Bentan sebagai pelabuhan

Questão 5

Questão
Jadual di atas merupakan antara kerajaan-kerajan di Kepulauan Melayu. Apakah persamaan kerajaan-kerajaan yang tersenarai di atas?
Responda
  • Berperanan sebagai pusat pentadbiran
  • Pusat perdagangan di Kepulauan Melayu
  • Berperanan sebagai pusat penyebaran Islam
  • Menyatakan taat setia kepada Sultan Mahmud Shah

Questão 6

Questão
Pada tahun 1952, Portugis telah menyerang Bentan. Apakah tujuan Portugis melancarkan serangan tersebut?
Responda
  • Menawan Bentan
  • Meluaskan wilayah jajahan
  • Mengalahkan Sultan Mahmud
  • Melumpuhkan perdagangan di Bentan

Questão 7

Questão
Apakah tujuan utama Sultan Alauddin Riayat Shah II membina Kota Kara?
Responda
  • Mengelakkan ancaman lanun
  • Menjamin keselamatan Pekan Tua
  • Menjamin perkembangan ekonomi
  • Menamatkan pemberontakan pembesar

Questão 8

Questão
Sultan Allauddin Riayat Shah II telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan kuasanya. Apakah yang dilakukan oleh baginda untuk tujuan tersebut?
Responda
  • Membentuk angkatan tentera
  • Memecat pembesar yang belot
  • Menguasai jajahan takluk Melaka
  • Memperkenalkan pelbagai jenis cukai

Questão 9

Questão
Kerajaan Johor mempunyai jajahan takluk yang luas. Apakah sumbangan jajahan takluk kepada kerajaan Johor?
Responda
  • Menghantar bunga emas
  • Menjadi pelabuhan utama
  • Menghantar askar ke Johor
  • Menjadi pelabuhan persinggahan

Questão 10

Questão
Pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berubah-ubah pada abad ke 16 dan 17. Apakah rasionalnya tindakan ini?
Responda
  • Ancaman lanun
  • Perang saudara
  • Mempertahankan diri
  • Perpindahan penduduk

Questão 11

Questão
Senarai di atas merujuk kepada ...
Responda
  • Jajahan Takluk Johor
  • Kubu pertahanan Johor
  • Ibu negeri kerajaan Johor
  • Pusat perdagangan utama

Questão 12

Questão
Pada bulan Jun 1551, angkatan perang Johor telah bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara (Jawa). Apakah faktor terpenting yang menyebabkan tindakan di atas?
Responda
  • Johor menghadapi perang saudara
  • Usaha Johor untuk menguasai semula Melaka
  • Empayar Johor semakin luas dan berpengaruh
  • Kerajaan Melayu bersatu di bawah naungan Kesultanan Johor

Questão 13

Questão
Tun Sri Lanang Laksamana Tun Abdul Jamil Apakah sumbangan tokoh-tokoh di atas terhadap kerajaan Johor?
Responda
  • Menghasilkan karya kesusasteraan
  • Berusaha menawan semula Melaka
  • Pernah memegang jawatan Bendahara
  • Berperanan meluaskan jajahan takhluk Johor

Questão 14

Questão
Rajah di atas berkaitan dengan Perang Tiga Segi. Apakah punca persaingan di antara kuasa-kuasa di atas?
Responda
  • Untuk menguasai Melaka
  • Untuk meluaskan tanah jajahan
  • Untuk menguasai Selat Melaka
  • Untuk menamatkan campur tangan

Questão 15

Questão
Kenapakah Johor sering menjadi sasaran Acheh semasa Perang Tiga Segi?
Responda
  • Johor enggan menghantar ufti
  • Johor bersekutu dengan Portugis
  • Acheh ingin meluaskan jajahan takluk
  • Johor akan mengancam perdagangan Acheh

Questão 16

Questão
Menjelang tahun 1641, Kerajaan Johor telah mencapai zaman kegemilangananya. Apakah faktor utama yang membantu kejayaan Johor?
Responda
  • Peranan orang laut
  • Kemajuan perdagangan
  • Pentadbiran yang teratur
  • Kecekapan sultan dan pembesar

Questão 17

Questão
Apakah faktor utama yang membolehkan Johor muncul sebagai pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu?
Responda
  • Pelabuhan yang dalam
  • Kedudukan yang strategik
  • Pengurusan pelabuhan yang baik
  • Mempunyai tanah jajahan yang luas

Questão 18

Questão
Senarai di atas berkaitan dengan ...
Responda
  • Peranan kiwi
  • Peranan orang laut
  • Peranan syahbandar
  • Peranan orang Bugis

Questão 19

Questão
Berdasarkan rajah di atas, apakah faktor terpenting yang mendorong Acheh menguasai kedua-dua kerajaan di atas?
Responda
  • Meluaskan pengaruh
  • Meluaskan tanah jajahan
  • Menamatkan pemberontakan
  • Menguasai perdagangan lada hitam

Questão 20

Questão
Peperangan di antara Jambi dan Johor telah bermula pada tahun 1670. Apakah kesan terpenting peperangan tersebut kepada Johor?
Responda
  • Perdagangan terjejas
  • Jambi dapat dikalahkan
  • Menjadi jajahan takluk Jambi
  • Mencetuskan perebutan takhta

Semelhante

Bab 10 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 8 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 6 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 9 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 11 Sejarah TIngkatan 1
Mohd Faizal Ismail
PT3: SEJARAH TINGKATAN TIGA: BAB 1: FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
Muffin Star
Bab 1 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Bab 2 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
1. Membangun Jati Diri Keindonesiaan
Delvanny Alfikri
Bab 5 Sejarah Tingkatan 1
Mohd Faizal Ismail
Sej 09
Alia Azhari